Wednesday, April 2, 2008

The Last Entry Before Being a Puan

Irritated…

Lately, I get irritated so easily. I get irritated while driving bcos of most drivers love to bully small, cute car (not to mention I’m rempitphobia), irritated while watching TV bcos of the overrated politics news, irritated while eating bcos of my gastric drama, irritated at work coz work is pilling before my so-called long holiday… So when people ask me how’s the wedding… I get.. yup, u guess it

IRRITATED!

But wat pisses me off more is when someone ask “eh, how’s wedding in Sabah aa?”

And when I answer “same like any other Malay wedding here laa.. and they get frustrated wit my answer.

Ignorant idiots (my new year resolution was to swear less, so this is as far as I get…)

Seriously people, Malay wedding in Sabah is not so different from whatever you have here. Maybe ada la some additional adat that we have to follow, tapi BUKAN la to the extent like we go headhunting, drink blood then howl to the moon and organize orgy during d wedding reception. Sorry to disappoint u all…

Ok, I shall not explain more coz I’m IRRITATED right now. So read all about Malay-Brunei wedding below...

And for the love God... pleaseeeeeeeee stop saying I’m berdarah manis, or berseri-seri bakal pengantin.. GELI with the capital G!


(Courtesy Min. of Culture, Youth and Sport Brunei)

Majlis 'Badak-Badak Mandi'
Majlis 'Badak-Badak Mandi’ adalah pembukaan adat istiadat perkahwinan orang-orang Melayu di Brunei. Bakal pengantin akan ditepung tawar dengan menggunakan bedak yang diperbuat daripada tepung beras dan ditambah dengan bunga melor untuk memberi aroma yang segar harum.Selesai menepung tawar bakal pengantin itu, istiadat 'Badak-Badak Mandi' pun dimulakan. Bakal pengantin akan dilulur dengan bedak tradisional dari muka hingga ke hujung kaki. Kemudian akan disiram dengan air yang dicampur dengan langir dan limau nipis. Dikelilingi oleh tujuh orang kanak-kanak yang memakai selindang yang berlainan warna setiap seorang dengan memegang sebatang lilin kecil yang dinyalakan sehingga majlis bersiram selesai ( I used to be those lilin carrier for my aunties and sisters).

Majlis Akad Nikah
Same.. we are Muslim, right?


Malam Bebadak (episode 1)
Istiadat seterusnya 'Malam Babadak' (berbedak - berinai). Bedak tradisional diwarnakan dengan tujuh warna dan disimpan ke dalam tujuh mangkuk khas. Para tetamu akan 'menculiki' (menepung tawar) dengan bedak tujuh warna itu ke tangan pengantin perempuan dengan iringan zikir marhaban.

Setelah selesai majlis 'Malam Masuk Babadak' pengantin akan dibawa balik masuk ke 'Bilik Beangangun'. Dilulur lagi dengan menggunakan bedak 7 warna tadi (baki bedak selepas tetamu menepung tawar). Kemudian Pengantin dibawa ke bilik mandi untuk adat bersiram. Pengantin akan didudukan di tengah-tengah, di kelilingi oleh tujuh orang kanak-kanak yang bersandang (7 orang - 7 warna sandang yg berlainan) memegang bucu kain bewarna putih yang panjangnya lebih kurang 4 meter. Pengantin dimandikan oleh Pengangun (Mak andam) dengan ramuan-ramuan alami seperti langir, limau nipis dan bunga melor.

Malam Berinai (episode 2)
Biasanya 'Malam Bepacar' ini dibuat pada malam sebelum majlis bersanding. Majlisnya tidaklah sebesar majlis 'Malam Masuk Babadak'. Cukup hanya dihadiri oleh keluarga pengantin yang terdekat. Majlis dimulakan dengan ibu-bapa pengantin menginai sedikit diatas telapak tangan pengantin dan dikuti kemudiannya oleh saudara hampir pengantin yang lain.

Majlis Bersanding
There’s no walking down the aisle together, pengantin perempuan will be sitting at the pelamin 1st waiting for the groom to come. Then Pengantin lelaki akan membuat adat 'Pusing Naga' (berjalan pusing bulatan) sebanyak tujuh kali sebelum naik ke rumah pengantin perempuan dengan diiringi dua orang lelaki membawa lilin besar dan dua orang lagi membawa bunga manggar. Tiba di pintu, adat "Menapus Muka' (menghadangkan kipas tangan di muka pengantin sambil memercikan bunga rampai di atas kipas tersebut). Selepas itu barulah pengantin lelaki dibolehkan masuk ke dalam rumah. Pengantin lelaki akan dibawa ke depan pengantin perempuan oleh Tok Imam untuk 'ditapakan' tangannya (like thumb print on the forehead hehehe..) ke kepala pengantin perempuan (membatalkan air sembahyang). Setelah itu doa selamat pun dibacakan oleh imam.

The end… then we can do the grown folks thang legally!

So people, pray for us... May Allah bless my marrige, happily ever after
Amin...